Cara paling mudah untuk ke Pulau Komodo dari Jakarta atau bandar lain di Indonesia ialah… terbang terus ke Labuan Bajo di Flores. Dari Jakarta biasanya ada penerbangan harian… dan kadang-kadang anda mungkin perlu transit melalui Bali atau Surabaya, bergantung pada jadual penerbangan.
Selepas tiba di Labuan Bajo, anda akan menaiki bot ke Taman Negara Komodo… dan di sinilah pengalaman sebenar bermula. Anda boleh pilih day trip jika masa singkat… tetapi ramai memilih 3 hari 2 malam untuk lihat highlight utama dengan lebih santai.
Jika anda datang dari Surabaya, Yogyakarta atau Makassar… selalunya ada penerbangan terus atau transit singkat ke Labuan Bajo. Semasa musim puncak, tiket boleh cepat habis… jadi lebih baik tempah awal.
Bila anda tempah dengan kami, kami juga boleh bantu padankan masa ketibaan anda… supaya sambungan penerbangan dan masa naik bot berjalan lancar tanpa stres.

