Pilihan paling popular ialah 3 hari/2 malam kerana lebih santai dan meliputi lebih banyak lokasi. 2 hari/1 malam biasanya lebih cepat dan mungkin memendekkan masa singgah atau mengurangkan jumlah hentian.
Kelebihan 3H/2M:
– Lebih banyak spot snorkeling dan variasi
– Peluang menikmati matahari terbit/terbenam di atas bot
– Kurang tergesa-gesa, lebih cruise vibe
– Lebih fleksibel jika perlu ubah laluan kerana cuaca/arus
Jika anda mahu pengalaman yang lebih relaks, 3H/2M biasanya lebih sesuai.

